Diserang anxiety atas pentas, Shila Amzah hampir pitam - Utusan Malaysia

Diserang anxiety atas pentas, Shila Amzah hampir pitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Sila Amzah mendedahkan, dia diserang anxiety ketika menyanyikan lagu Pudar pada persaingan minggu keempat Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan sehingga pandangannya gelap dan hampir pitam di atas pentas.

Kongsi Shila, itu kali pertama dia diserang kebimbangan terlampau ketika membuat persembahan sepanjang lebih 20 tahun berjuang dalam industri seni.

“Saya sangat tertekan. Memang ketika itu saya takut. Pandangan terus gelap, saya seperti hilang arah di atas pentas. Saya cuba sedaya upaya untuk menghabiskan persembahan dalam keadaan hampir pitam itu.

“Usai persembahan, saya menggigil teruk. Tak boleh jumpa orang dan saya cuba mengawal keadaan dengan tenangkan diri. Saya sudah bertahun hadap kecaman dan kritikan, tetapi hari itu saya tewas,” katanya.

Shila sebelum itu berdepan kecaman warganet apabila timbul ciapan berbentuk provokasi yang mengaitkan peserta GV itu dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ciapan yang kononnya dari peminat setia Shila itu mencetuskan perbalahan di media sosial kerana membanding-bandingkan bakat dua penyanyi tersebut.

Shila berkata, individu yang mendakwa sebagai peminatnya itu bagaimanapun, sudah memadam ciapan tersebut dan menerima nasihat untuk tidak mencipta provokasi melibatkan mana-mana artis.

“Dia tak ikuti Twitter saya pun. Entah dari mana datang, tiba-tiba cetus provokasi berbentuk hasutan begitu. Sepanjang lima minggu, itu paling teruk saya kena. Ciapan itu memburukkan nama saya.

“Sekuat manapun, saya juga manusia. Setiap minggu ada sahaja pihak yang akan mencari salah saya hingga pemakaian kuku palsu pun mereka persoal. Kadang-kadang saya sendiri keliru, kenapa dengan mereka.

“Ada ketika, saya menjuarai minggu GV. Tetapi, saya tidak dapat meraikan kemenangan itu kerana akan ada sahaja cerita atau isu yang sengaja dicipta untuk menjatuhkan saya. Saya tidak tahu kenapa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya