Culik ahli perniagaan: Tiga lagi lelaki ditahan 

Culik ahli perniagaan: Tiga lagi lelaki ditahan 

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tiga lagi lelaki selepas terlibat kes culik membabitkan seorang ahli perniagaan dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire di Jalan Pandan Indah dekat sini pada 29 September lalu.

Penahanan kesemua suspek dilakukan di sekitar Ampang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tangkapan terbaharu menjadikan jumlah mereka yang ditahan dalam kes itu seramai enam orang.

Kata beliau, seramai tiga lelaki telah dituduh semalam.

“Manakala tangkapan terbaharu ini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya di sini semalam.

Pada 29 September lalu, mangsa berusia 38 tahun dilepaskan suspek di Klang selepas kejadian telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada pukul 10.45 malam.

Mangsa mengalami beberapa kecederaan di kaki dan muka akibat kejadian tersebut dan sudah pun mendapat rawatan di Hospital Ampang.

Punca kejadian dipercayai akibat masalah hutang dengan pihak majikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN