Cari penyelesaian jangka panjang isu harga ayam, bekalan telur

Cari penyelesaian jangka panjang isu harga ayam, bekalan telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang berhubung isu harga ayam dan bekalan telur supaya menjadi lebih stabil sekali gus mengimbangi kemampuan pengguna dan pembeli serta penternak itu sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif MATA Aerotech, Wan Azrain Adnan berkata, dalam hal yang sama, agenda keselamatan makanan negara perlu menjadi keutamaan kepada semua pemegang taruh.

“Dalam enam bulan lepas, negara menghadapi isu bekalan dan harga ayam yang serius, sehingga kerajaan Malayterpaksa mengambil beberapa langkah drastik segera termasuk menghentikan eksport ayam, memansuhkan permit import ayam, menaikkan harga siling ayam serta menyediakan subsidi kepada penternak ayam.

“Tindakan ini berjaya menstabilkan bekalan dan harga ayam di pasaran seterusnya melegakan kerisauan pengguna memandangkan ayam adalah sumber protein utama rakyat Malaysia. Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2019 jumlah consumption tahunan ayam di Malaysia ialah 50.9 kg per kapita, jauh lebih tinggi dari sumber protein yang lain.

“Disebabkan kos penternakan ayam yang terus meningkat, ramai penternak ayam telur mengalami kerugian serta menghadapi masalah aliran tunai yang kritikal. Keadaan ini memaksa ramai penternak ayam penelur terutama bersaiz kecil dan sederhana untuk mengecilkan operasi. Akhirnya, tindakan ini menyebabkan bekalan telur ayam di pasaran berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Wan Azrain, meskipun para penternak berasa sedikit lega dengan pemberian subsidi sebelum ini, masalah tersebut belum berakhir dan ia dilihat penyelesaian jangka masa pendek.

“Ketika ini, isu bekalan daging ayam melarat kepada isu bekalan telur ayam. Beberapa bulan lepas, isu bekalan telur ayam telah ditimbulkan untuk perhatian. Sejak itu, isu bekalan telur ayam ini tmenjadi lebih serius. Mengikut laporan media, isu bekalan telur ayam berterusan dan dijangka semakin meruncing.

“Seperti penternak ayam daging, penternak ayam telur juga menghadapi isu kos penternakan ayam yang meningkat dengan ketara. Kesan daripada isu-isu global, kos menternak ayam meningkat kerana Malaysia bergantung tinggi kepada import untuk sumber makanan atau dedak ayam iaitu jagung dan soya. Kos makanan ayam meliputi 70 peratus daripada kos penternakan ayam, selain kos-kos pekerja, logistik dan ubat.

“Sebagai contoh, menurut laporan media, harga jagung  meningkat kepada RM1,700 satu tan metrik dari RM1,600 satu tan metrik pada bulan lepas, iaitu peningkatan sebanyak enam peratus dalam tempoh sebulan. Malah sejak isu-isu global seperti pandemik Covid-19 dan peperangan Ukraine-Russia, kos makanan ayam dianggarkan telah meningkat melebihi 100 peratus,” ujarnya.

Tambahnya, isu bekalan telur ayam tidak bertambah baik sekiranya harga telur ayam masih dikawal oleh kerajaan dan tidak diapungkan mengikut kuasa pasaran.

“Cadangan untuk harga telur ayam diapungkan wajar diteliti secara terperinci oleh kerajaan sebagai langkah menang-menang untuk pengguna dan pembekal, yang akhirnya dapat mengurangkan beban pembiayaan subsidi oleh kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya