Bubar Parlimen demi rakyat

Bubar Parlimen demi rakyat, stabilkan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Demi rakyat. Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) tidak boleh ditangguh lagi dan perlu diadakan tahun ini untuk mengembalikan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia.

Demikian ketetapan yang di­pu­tuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam kelmarin. Ia juga bagi memberi mandat semula kepada rakyat memilih kerajaan yang stabil.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan persetujuannya me­­ngadakan PRU15 tahun ini ke­rana wujudnya asas mempercepatkan pilihan raya.

“Daripada dulu kita dah bercakap perlu percepatkan pilihan raya.

“Semalam (kelmarin) pun dah kata kita nak kembalikan kepada rakyat mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk memberi mandat semula dan sebagainya, jadi biar rakyat menentukan,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu negara semalam.

Keputusan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun ini adalah berdasarkan pendirian UMNO dan wujud­nya asas-asas untuk mempercepatkan pilihan raya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam kelmarin sepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan pada tahun ini.

Perdana Menteri berkata, beliau juga tidak meletakkan sebarang syarat kepada partinya sebelum membubarkan Parlimen dan pendirian UMNO itu bukanlah perkara baharu ke­rana ia sudah digesa beberapa tahun sebelum ini.

“Daripada dulu kita dah bercakap perlu percepatkan pilihan raya. Semalam pun dah kata kita nak kembalikan kepada rakyat mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk memberi mandat semula dan sebagainya, jadi biar rakyat menentukan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenya­taan menyifatkan, segala ketetapan yang dibuat UMNO sentiasa meletakkan kepenti­ngan rakyat di hadapan dengan penilaian dan perancangan yang rapi se­perti PRU15.

“Kini tiba masa jentera UMNO di seluruh tanah air bergerak lebih pantas, kemas dan tersusun bagi memenuhi aspirasi rakyat mengembalikan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia.

“Usah perlu menoleh lagi dan terus mara, kerana masa tidak akan menunggu waima seminit mahupun sesaat amat berharga untuk memastikan negara kembali ke landasan yang sebenar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pas sudah mengarahkan seluruh jentera pilihan raya parti di semua peringkat bersiap sedia menghadapi PRU15 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, semua peringkat parti perlu menumpukan kepada usaha memantapkan gerak kerja pilihan raya seperti yang dirancang terutama melalui pengarahan Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat.

Belakangkan Perlembagaan

Sementara itu, parti-parti pembangkang menyifatkan kenyataan terbuka membubarkan Parlimen itu sebagai tidak menghormati Perlembagaan dan membelakangkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mendakwa, tidak pernah pernah berlaku dalam sejarah negara kenyataan terbuka mengenai pembubaran Parlimen dikeluarkan sebelum Perdana Menteri menghadap untuk mendapat perkenan Seri Paduka.

Keputusan MT UMNO itu turut menimbulkan persoalan mengapa parti itu sanggup bertindak sendiri tanpa mela­lui mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN).

Ia juga menunjukkan UMNO tidak berhenti daripada memikirkan ‘kantung’ sendiri dengan mendesak supaya PRU15 diadakan tahun ini.

Walaupun membantah, mereka bersedia menghadapi PRU15 jika diadakan tahun ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kenyataan terbuka mengenai pembubaran Parlimen dikeluarkan sebelum Perdana Menteri menghadap untuk perkenan Seri Paduka.

“Namun, DAP akan menjunjung dan menghormati sepenuhnya keputusan Seri Paduka dalam soal membubarkan Parlimen selaras dengan prinsip dan peruntukan dalam Perlembagaan,” katanya.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil pula berkata, keputusan itu menimbulkan persoalan me­ngapa UMNO sanggup bertindak sendiri tanpa melalui mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN).

Katanya, ini kerana keadaan itu menunjukkan UMNO tidak berhenti daripada memikirkan ‘kantung’ sendiri dengan mendesak PRU15 tahun ini.

“Ini hanya kepentingan Ahmad Zahid seorang. Kalau benar, ada atau tidak sesiapa yang mahukan pilihan raya selain UMNO? Mereka sahaja asyik meratib seolah-olah ekonomi negara tidak menjadi masalah, ringgit jatuh tidak jadi masalah bahkan kadar pengangguran pun tiada masalah,” jelasnya.

“Kalaupun ditakdirkan pilihan raya tahun ini, kami bersedia. Malam semalam pun kami lancarkan tabung untuk pilihan raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN