Biro Politik Bersatu bermesyuarat

Biro Politik Bersatu bermesyuarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat Biro Politik pada di ibu negara pada petang ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun sehingga kini, tidak pasti tujuan mesyuarat itu sama ada berkaitan dengan pembubaran Parlimen atau sebaliknya.

Mesyuarat itu dijangka diteruskan dengan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang tadi.

Sebelum itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan beliau antara 12 barisan menteri Perikatan Nasional (PN) yang mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak diadakan tahun ini.

Radzi yang juga Naib Presiden Bersatu berkata, surat berkenaan diutuskan semalam yang antara lain menyatakan persetujuan supaya pilihan raya umum tidak diadakan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya