Barisan Nasional ketengah calon WALI

Barisan Nasional ketengah calon WALI, azam capai 30 peratus calon wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional  akan mengetengahkan calon-calon baharu yang mempunyai ciri-ciri boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable)  atau WALI serta berazam mencapai tahap 30 peratus calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Barisan Nasional, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, dengan tema utama manifesto ‘Kestabilan Dan Kemakmuran’, parti itu komited memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan kedaulatan negara terus terpelihara dengan penawaran polisi-polisi bersifat prorakyat dalam memacu pembangunan sosioekonomi yang mapan serta menyeluruh.

Beliau berkata, mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional malam tadi membincangkan mengenai persiapan semua jentera parti bagi menghadapi PRU-15 di peringkat Parlimen dan DUN komponennya..

“Perkara lain yang turut dibincangkan adalah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian menjalankan mesyuarat koordinasi gerak kerja jentera bagi menghadapi PRU15. Selain itu, perundingan pembahagian kerusi antara parti komponen dan Friends of Barisan Nasional dimuktamadkan kelak. 

“Dewan Tertinggi bersetuju dengan usaha-usaha untuk mengetengahkan calon-calon baharu yang mempunyai nilai WALI dan berazam mencapai 30 peratus calon wanita,” katanya dalam satu kenyataan. 

Dalam pada itu, Bendahari Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika ditemui selepas mesyuarat itu berkata, persefahaman antara pimpinan Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya unik dan mendalam.

“Saya tengok persefahaman parti dalam Barisan Nasional bukan sahaja unik tetapi ada persefahaman yang amat mendalamdan bila kita diuji dalam pilihan raya dari segi cara nak lihat ke hadapan untuk pastikan kemenangan BN, saya tak mahu lihat ada masalah langsung.

“Kita dah laluinya tahun sebelum ini dan formula ini bantu kita supaya bukan sahaja untuk hari ini, tapi apa yang kita lakukan hari ini dapat diwarisi pemimpin akan datang,” ujarnya. 

Pada  masa sama beliau meminta rakyat menilai kembali manifesto Pakatan Harapan, berapa banyak perkara yang telah mereka tunaikan daripada janji dalam manifesto berkenaan. 

“Saya harap bahawa semua yang diamanahkan untuk mengundi, baca baik-baik dan sandarkan dalam manifesto masing masing serta tindakan mereka selepas dapat peluang tunaikan manifesto. Saya yakin apa manifesto Barisan Nasional tawarkan,  insya-Allah,” ujarnya. 

Tambahnya, calon muka baharu juga antara pendekatan yang dibuat Barisan Nasional pada PRU kali ini, sama seperti apa yang  dilakukan pada pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini. 

“Insya-Allah itu adalah sesuatu yang sentiasa diberi penekanan dan pengalaman kita dalam menghadapi PRU.  Kita telah membuktikan dalam PRN sebelum ini. Jadi saya rasa kalau itu merupakan satu yang telah kita buktikan dan keputusan kita di peringkat negeri, saya tak nampak ia akan berubah sangat. Tapi bukan ditentukan hari ini, ” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya