Bantuan Awal Persekolahan tanpa kira had pendapatan

[BAJET 2023] Bantuan Awal Persekolahan tanpa kira had pendapatan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diberi kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan menjelang tahun depan. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan awal persekolahan dinaikkan kepada RM150 daripada RM100 sebelum ini. 

“Bantuan awal persekolahan selama ini meringankan beban ibu bapa berpendapatan RM3,000 ke bawah. 

“Namun, menjelang bantuan awal persekolahan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan. Sebagai contoh jika satu keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, mereka layak menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM450,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM55.6 bilion berbanding RM52.6 bilion. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya