Bank makanan: KPDNHEP tingkat kerjasama

Bank makanan: KPDNHEP tingkat kerjasama pemain industri, komuniti 

MOHD. ALI Mohd. Rustam (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan sambil disaksikan Azman Mohd. Yusof (kiri) pada Majlis Perasmian Pusat Pengagihan dan Pengumpulan Bank Makanan Malaysia di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengalu-alukan pelbagai bentuk kerjasama dengan para pemain industri dan komuniti masyarakat untuk Program Bank Makanan Malaysia (PFBM).

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, tanggungjawab menghulurkan bantuan dan membantu masyarakat tidak terletak pada bahu kerajaan semata-mata.

Katanya, kementerian sentiasa meneroka potensi yang ada kerana tidak semua kerjasama adalah dalam bentuk peruntukan kewangan.

“Kita kena lihat perkongsian strategik dengan pihak industri seperti peruncitan dan pengedaran, perhotelan serta katering untuk terlibat sama meningkatkan bank makanan. Inilah cara mereka untuk tunjukkan sumbangan dalam bentuk tanggungjawab sosial masyarakat.

“Kita mengalu-alukan jika mereka ingin beri sumbangan. Masa saya ke Perlis dulu kita ada pusat khidmat dewan undangan negeri (DUN) yang digunakan sebagai tempat untuk menyampaikan barang-barang keperluan kepada yang memerlukan.

“Keperluan ini disumbangkan oleh individu-individu. Ini adalah budaya sihat dan kita wajar ketengahkan supaya rakyat Malaysia berganding bahu untuk membantu satu sama lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pusat Pengagihan dan Pengumpulan Bank Makanan Malaysia di Ayer Keroh di sini semalam.

Yang hadir sama Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya