APA baiknya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan ketika negara akan berdepan dengan musim tengkujuh atau musim banjir yang dijangka bermula November nanti? Itulah persoalan yang sedang hangat dibincangkan dalam dunia politik tanah air kita. Dalam Oktober ini pun hujan lebat sering turun di sana sini menyebabkan berlakunya banjir kilat di sesetengah tempat. Justeru, ramai ahli politik parti pembangkang yang mempertikai kesungguhan UMNO-BN (Barisan Nasional) yang mahukan pilihan raya diadakan…










