Banjir: 43 mangsa dipindahkan ke PPS di Langkawi - Utusan Malaysia

Banjir: 43 mangsa dipindahkan ke PPS di Langkawi

PASAR Awam Padang Matsirat yang turut terjejas akibat banjir di Langkawi, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Hujan lebat berterusan sejak pukul 4 pagi semalam mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini terjejas ekoran dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kebanyakan kawasan terbabit telah pulih seperti sedia kala kecuali di Padang Matsirat.

Ekoran itu, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Di Dewan Syifa Padang Matsirat dibuka bagi menempatkan 43 mangsa yang terlibat.

“Antara kampung terjejas adalah Kampung Limbong Putra, Kampung Buluh Penyumpit dan Kampung Atas di Padang Matsirat.

JALAN utama berhampiran pasar awam yang masih digenangi air akibat banjir di Padang Matsirat, Langkawi.

“Mangsa terdiri daripada 11 keluarga dengan 25 daripadanya adalah lelaki termasuk masing-masing seorang bayi dan warga emas, manakala baki selebihnya adalah wanita,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Shariman berkata, laluan ke Gunung Raya ditutup kerana terdapat empat runtuhan tanah berlaku dan masih terdapat pergerakan tanah dikesan.

“Terdapat juga satu rumah yang terjejas di kawasan Kuah akibat tanah runtuh,” katanya.

Dalam pada itu, Shariman memaklumkan, kesemua 44 mangsa yang terperangkap di kawasan rekreasi Air Terjun Telaga Tujuh, di sini berjaya diselamatkan petang semalam.

Terdahulu, mereka yang terdiri daripada sekumpulan pendaki tidak dapat melintasi sungai di puncak air terjun itu ekoran arus deras disebabkan kepala air ketika hujan lebat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya