PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyeru semua ahli Parlimen termasuk pembangkang mendokong pembentangan Bajet 2023 demi kebaikan tanah air dan masa depan lebih 32 juta rakyat Malaysia.
Katanya, Bajet 2023 itu diharap dapat menjadi penawar seterusnya ekoran pelbagai keperitan yang dialami rakyat buat masa ini.
“Moga-moga ia dapat terus menyerlahkan jalan ke hari esok, di mana Insya-Allah, menanti masa depan yang lebih cerah. Kini, cabaran faktor-faktor global luaran pula timbul, namun kerajaan tidak mengerti erti lelah dan akan terus nekad untuk menjadi dahan teguh bagi pautan rakyat yang memerlukannya.
“Kepada ahli-ahli Yang Berhormat, saya menyeru, marilah sama mendokong Bajet ini, di bawahnya berteduh impian, terpancar harapan, lebih 32 juta rakyat Malaysia, itulah natijahnya, kini lah momennya, inilah Bajet 2023,” katanya. – UTUSAN