PETALING JAYA: Kerajaan menerusi Bajet 2023 memperuntukan sebanyak RM1 bilion bagi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMKTM).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu membabitkan RM750 juta daripada kerajaan dan RM250 juta daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Peruntukan ini bagi mempercepatk agenda membasmi kemiskinan dalam negara,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 yang bertemakan ‘Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan ke arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia’ di Parlimen hari ini. – UTUSAN