PETALING JAYA: Sebanyak lebih RM10 bilion diperuntukkan untuk Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun hadapan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah berkenaan, RM2.8 bilion diperuntukkan untuk JKM dan RM7.8 bilion lagi untuk program BKM.
“Nasib golongan susah diberi keutamaan dengan peruntukan RM2.5 bilion bagi tahun 2023. Lebih 450,000 isi rumah layak menerima bantuan bulanan JKM.
“Pemberian subsidi bila elektrik sehingga RM40 akan diperluas mengikut PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapoatan RM1,169 ke bawah,” katanya. –UTUSAN