[BAJET 2023] 100 peratus liputan internet di kawasan berpenduduk

[BAJET 2023] 100 peratus liputan internet di kawasan berpenduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan menyediakan 100 peratus liputan internet di kawasan berpenduduk dan menyediakan liputan gentian optik kepada sembilan juta premis di seluruh negara menjelang 2025.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif itu melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM8 bilion termasuk sumbangan pihak industri.

Katanya, bagi tahun 2023, inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) akan disediakan RM700 juta untuk melaksanakan ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah.

“Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga merintis pelaksanaan Projek Internet Luar Bandar dengan mengoptimumkan jaringan kabel elektrik untuk menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi.

“Projek ini akan memanfaatkan lebih 60,000 penduduk luar bandar dan disokong melalui geran sepadan sebanyak RM25 juta,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, bagi tahun depan juga, Digital Nasional Berhad (DNB) akan memperluas rangkaian 5G di seluruh negara merangkumi 70 peratus kawasan berpendudukan tinggi. 

“DNB merancang untuk melaksanakan perbelanjaan infrastruktur bernilai RM1.3 bilion dalam tahun 2023. Keluarga Malaysia juga bakal menikmati kelajuan internet lebih pantas dan capaian internet 5G yang lebih murah,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya