Azam Baki dahului senarai 1,407 penerima pingat kebesaran

Azam Baki dahului senarai 1,407 penerima pingat kebesaran Sabah

(Dari kiri) AZAM BAKI, DR JOACHIM GUNSALAM dan KADZIM M. YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendahului senarai 1,407 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT) ke-69 hari ini.

Azam antara dua daripada enam penerima pingat kebesaran tertinggi negeri iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Turut tersenarai sebagai penerima pingat SPDK ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joachim Gunsalam; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya; bekas Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Ilyas Ibrahim; Pengerusi Sime Darby Logistics Sdn Bhd, Datuk Lim Haw Kuang dan Datuk Mohammad Noor Mohammad Mansoor.

Sementara itu, isteri Ketua Menteri, Datin Juliah Salang, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, Komander ESSCOM, Hamzah Ahmad dan Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Abdul Rahman A. Wahab tersenarai antara 81 penerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Turut tersenarai sebagai penerima PGDK ialah Pengarah Pendidikan Negeri, Tah Nia Jaman; Pengarah Imigresen Negeri, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof; Pengarah Majlis Keselamatan Negara Sabah, Noor Alam Khan A. Wahid Khan dan bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

Penerima lain yang berada dalam senarai PGDK termasuk ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan jemaah Kabinet Negeri iaitu Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa; Pembantu Menteri Kewangan, Jasnih Daya; Pembantu Menteri Luar Bandar, Harun Durabi; Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Flovia Ng; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Mohd. Hamsan Awang Supian dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Andi Muhammad Suryady Bandy.

ADUN yang menerima pingat PGDK pula termasuk Fairuz Renddan (Pintasan), Hassan A. Gani Pg Amir (Sebatik), Jaffari Walliam (ADUN dilantik) dan Ruslan Muharam (Lumadan), Hamild Awang (Balung) dan Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).

Turut tersenarai sebagai penerima PGDK ialah Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri, Datin Lucy Yong, Senator Noraini Idris dan bekas Konsulat China di Sabah, Liang Caide.

Bagi penerima anugerah Jaksa Pendamai (JP) pula, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan antara sembilan penerima yang tersenari menerima JP.

Sementara itu, 131 orang yang berada dalam senarai penerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 246 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK) manakala, Bintang Setia Kinabalu (BSK) diberikan kepada 319 penerima, Bintang Kinabalu (BK) diberikan kepada 393 penerima dan 222 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

Antara penerima pingat dalam kalangan media ialah Ketua Pengarang Daily Express James Sardha yang tersenarai sebagai penerima PGDK manakala, penerima ADK pula ialah Mohd Azrone Sarabatin, Suzianah Jiffar dan Ruzaini Zulkepli. Turut menerima ialah Abdul Naddin Shaiddin (BSK).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.