Agihan kerusi GRS belum diputuskan

Agihan kerusi GRS belum diputuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perbincangan mengenai agihan kerusi dan calon bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih belum diputuskan.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang diadakan semalam hanya membincangkan tentang persiapan pilihan raya dan kerjasama dengan Barisan Nasional menjelang PRU-15.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kesemua komponen dalam GRS bersetuju bahawa pilihan raya kali ini, GRS akan bekerjasama dengan Barisan Nasional.

Mesyuarat pertama yang diadakan selepas pembubaran Parlimen itu lebih berfokus kepada persediaan pilihan raya.

Beliau berkata, jentera pilihan raya GRS telah diaktifkan dan mereka akan bekerjasama dengan Barisan Nasional.

“Calon belum lagi. Saya akan umumkan nanti, tunggu sahaja.

“Dalam mesyuarat GRS, kita tekankan kerjasama dengan Barisan Nasional, itulah persetujuan kita,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di Ibu Pejabat Pari Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah semalam.

Pada masa ini, GRS dianggotai oleh Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Sementara itu, Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang juga salah seorang Timbalan Pengerusi GRS menyatakan perbincangan mengenai kerusi langsung tidak disentuh dalam mesyuarat tersebut.

“Perbincangan kami lebih tertumpu kepada persediaan dan strategi untuk berhadapan pilihan raya,” katanya.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun pula memaklumkan perbincangan antara semua komponen parti dalam mesyuarat tersebut berjalan lancar. Namun, setakat ini agihan kerusi belum lagi dimuktamadkan.

Pada masa ini, GRS menyandang lapan daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya