30 kru pengambaran terperangkap air naik dibawa keluar

30 kru filem Bursting Point terperangkap di Gua Tempurung dibawa keluar

SEBAHAGIAN kru pengambaran filem yang terperangkap di Gua Tempurung, Gopeng berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.- IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Kesemua 30 kru pengambaran filem yang terperangkap ekoran air naik mendadak di alur air di Gua Tempurung di sini, petang ini  dibawa keluar dengan selamat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di belakang gua sekitar pukul 4 petang itu.

Katanya, kesemua mangsa dibawa keluar pada pukul 6.10 petang.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika hujan lebat menyebabkan air naik mendadak dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter di kawasan alur air di dalam gua.

“Kesemua mangsa yang terlibat adalah kru pengambaran filem Bursting Point melibatkan syarikat produksi Singapura yang sedang mejalankan kerja-kerja pengambaran di kawasan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, jumlah kru yang terlibat seramai 80 orang namun hanya 30 orang terperangkap melibatkan warga tempatan dan Singapura.

Katanya, pasukan bomba dimaklumkan kejadian itu dengan operasi segera digerakkan bagi membantu membawa keluar mangsa dari lokasi kejadian.

“Kesemua kru yang terperangkap telah berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari kawasan tersebut. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN