PETALING JAYA: Polis memburu tiga lelaki kerana terbabit dalam pergaduhan di Jalan Yap Kwan Seng, dekat sini semalam.
Tindakan itu bagaimanapun tular di laman sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, beberapa lelaki didapati bergaduh di depan sebuah premis berkenaan.
Menurutnya, susulan daripada kejadian itu, polis kini sedang giat mengesan individu yang terbabit.
“Lelaki yang terbabit dalam kejadian itu dipercayai warga tempatan.
“Polis kini sedang mengesan individu terbabit dan meneliti rakaman CCTV di sekitar lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan. – UTUSAN