2,000 permohonan DE Rantau diterima

2,000 permohonan DE Rantau diterima

ANNUAR Musa (dua dari kanan), memasukkan replika kad sim ke dalam replika telefon pintar sempena pelancaran aplikasi DE Rantau Platform pada peramian DE Rantau Langkawi di Dash Resort Langkawi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Permohonan pas lawatan ikhtisas di bawah Program DE Rantau yang dibuka pada 1 Oktober lalu mendapat sambutan baik apabila menerima lebih 2,000 permohonan daripada warga nomad digital luar negara setakat ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, permohonan tersebut dibuka kepada warga luar negara yang bekerja secara jarak jauh dan layak menetap serta bekerja di Malaysia bagi tempoh 12 bulan bersama pasangan dan anak masing-masing.

“Sejajar dengan usaha pemulihan sektor pelancongan, pemilihan Langkawi sebagai destinasi kedua program DE Rantau adalah tepat bagi membolehkan warga nomad digital asing dan tempatan menerokai pelbagai keindahan alam semula jadi yang sarat dengan sejarah serta kisah legenda tersendiri.

“Kerajaan juga yakin dengan kehadiran nomad digital ke pusat pelancongan yang terkenal sebagai pulau bebas cukai ini menyokong peningkatan ekonomi pelbagai sektor, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi digital negara di mana kerajaan menjangkakan program ini akan menyumbang sebanyak RM4.8 bilion kepada ekonomi negara menjelang 2025,” katanya.dalam  sidang akhbar selepas merasmikan DE Rantau Langkawi di Dash Resort Langkawi, di sini, hari ini.

Beliau turut melancarkan aplikasi telefon pintar, DE Rantau Platform bagi memudahkan kehidupan nomad digital di Malaysia mengakses maklumat mengenai tempat penginapan tersedia-nomad dan pelbagai perkhidmatan tempatan daripada sektor pelancongan, pengangkutan, e-Dagang, e-Pembayaran, dan perkhidmatan lain.

Menurut Annuar, kementeriannya melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) juga telah meluluskan 113 permohonan daripada pengusaha dan peniaga tempatan untuk menjadi Hab DE Rantau di Langkawi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya