1,337 banduan dihukum mati, 198 peroleh pengampunan

[Parlimen] 1,337 banduan dijatuhkan hukuman mati, 198 peroleh pengampunan

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 1,337 banduan telah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati sejak 2000.

Daripada jumlah tersebut, Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, seramai 415 atau 31.03 peratus orang banduan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).

“Terdapat seramai 891 (66.64 %) orang banduan yang telah disabitkan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (pengedaran dadah).

“Manakala tujuh (0.52 %) orang banduan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan (berperang dengan Yang di-Pertuan Agong).

“Selain itu, bagi kesalahan di bawah Seksyen 3 dan 7 Akta Senjata Api (melepaskan tembakan di bawah kesalahan berjadual dan berdagang senjata api) terdapat seramai 17 (1.27 %) orang banduan,” jelas Hamzah dalam Jawapan Bertulis kepada Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Hamzah turut berkata, seramai 198 orang banduan di negara ini telah diberikan pengampunan dari tahun 2009 sehingga September 2022.

Beliau menjelaskan perkara berkenaan bagi menjawab soalan Teresa Kok (Seputeh-PH) mengenai jumlah banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati di Penjara Malaysia sejak tahun 2000

Dalam pada itu, seramai lima lagi banduan disabitkan di bawah Seksyen 3 Akta Culik dan dua banduan disabitkan di bawah Seksyen 396 Kanun Keseksaan (rompakan berkumpulan dan pembunuhan). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN