10 cedera van kilang terbabas

10 cedera van kilang terbabas

SERAMAI 10 individu mengalami kecederaan selepas sebuah van yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang dalam kejadian di Kilometer (KM) 151.4 PLUS berhampiran Jalan Bukit Tambun-Juru, Pulau Pinang, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu tersepit, dua mengalami kepatahan manakala tujuh lagi cedera ringan apabila van kilang yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang di sini, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, kejadian itu berlaku di Kilometer (KM) 151.4, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Jalan Bukit Tambun-Juru di sini.

Kata beliau, pihaknya menerima panggilan mengenai nahas itu kira-kira pukul 6.38 pagi sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang terlibat terdiri daripada lapan wanita serta dua lelaki termasuk pemandu van yang turut mengalami kepatahan akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Ujar jurucakap itu, komander operasi kemudian membuat kerja-kerja penilaian atau ‘size up’ di lokasi kejadian dan mengarahkan anggota yang lengkap dengan pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 7.34 pagi manakala mangsa lain turut berjaya dikeluarkan serta diberikan rawatan awal oleh pegawai kesihatan dan EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan).

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya menggunakan tiga buah ambulans KKM dan sebuah ambulans EMRS bagi rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, operasi menyelamat nahas itu tamat kira-kira pukul 7.47 pagi sebelum kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.