[VIDEO] Pemuda diburu 'skodeng' guru wanita dalam tandas

[VIDEO] Pemuda diburu ‘skodeng’ guru wanita dalam tandas

TANGKAP layar rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki mundar mandir dan masuk ke tandas wanita dekat Kompleks Sukan Negara, Seksyen 21 di Shah Alam, Selangor pada pertengahan bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis memburu seorang lelaki yang tular kerana dipercayai mengintai guru wanita di tandas Kompleks Sukan Negara, Seksyen 21 di sini, pertengahan bulan lalu.

Kejadian terbabit melibatkan mangsa berusia  32 tahun yang membuat laporan polis pada 15 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati guru itu membawa pelajar ke kompleks berkenaan bagi latihan perbarisan  Sambutan Hari Kebangsaan.

“Sewaktu berada dalam tandas wanita, mangsa mendapati seorang lelaki mengintainya dari bilik bersebelahan. Mangsa mendakwa hanya sempat melihat paras kepala hingga mata suspek dan tiada sebarang peralatan dipegang untuk merakamnya.

“Bagaimanapun, lelaki itu keluar melarikan diri selepas mendengar jeritan mangsa.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TULAR video daripada rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki mundar-mandir dan masuk ke tandas wanita dekat Kompleks Sukan Negara, Seksyen 21 di Shah Alam, Selangor, pertengahan bulan lalu. – MEDIA SOSIAL

 

Kata beliau, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. 

“Siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek dan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berdekatan lain. Sebarang maklumat lanjut mengenai kes itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Hadi di talian 016-2745515 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi  lebih dua minit memaparkan seorang lelaki berpakaian gelap mundar mandir di hadapan tandas tersebut. Rakaman CCTV itu menunjukkan suspek kemudian membuka pintu dan memasuki tandas berkenaan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya