Tok Mat perlu tanding Parlimen, begitu juga KJ - Hasni - Utusan Malaysia

Tok Mat perlu tanding Parlimen, begitu juga KJ – Hasni

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin perlu diberikan peluang untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad turut menyokong Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di kerusi Parlimen pada PRU15.

“Sewajarnya Datuk Seri Mohamad Hasan perlu bertanding di kerusi Parlimen.

“Pada masa sama, Khairy Jamaluddin, orang muda secara umumnya harus diberikan peluang untuk terus bertanding dan dapat berkhidmat untuk negara,” katanya dalam satu kenyataan ringkas dalam laman sosial Twitter miliknya hari ini.

Semalam, Khairy dalam satu program di ibu negara mengaku beliau bakal memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berhasrat untuk bertanding kerusi Parlimen berkenaan.

Beliau dilaporkan berkata akan turut mencari kawasan lain yang mahukan khidmatnya namun hingga kini masih belum dipastikan lagi kawasan mana yang akan ditandingi.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu bagaimanapun turut memberitahu beliau akur sekiranya namanya tidak dicalonkan UMNO untuk mewakili BN dalam PRU15 akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN