Tiga maut, seorang wanita cedera parah dalam kemalangan

Tiga maut, seorang wanita cedera parah dalam kemalangan

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa kemalangan dari bawah penghadang besi tepi jalan di tempat kemalangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTANGOR: Tiga lelaki maut dan seorang perempuan cedera parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah motosikal awal pagi ini di Batu 12, Jalan Julau di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, tiga lelaki yang cedera itu dikenali sebagai Mathew Many Jonathan, 25 dan Nelson Chendang, 21, manakala seorang lagi masih belum disahkan identiti dan umurnya.

“Mangsa perempuan yang cedera parah juga masih disiasat identitinya.

Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa wanita yang cedera parah.

“Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor menerima laporan mengenai kemalangan tersebut terus daripada pemanggil bernama Julin pada jam 10.24 malam tadi,” katanya.

Ujarnya, komander operasi melaporkan kemalangan tersebut melibatkan dua buah motosikal dan melibatkan empat mangsa, iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

Mangsa perempuan yang cedera parah, katanya telah dihantar ke Hospital Sibu dengan menggunakan kenderaan ambulans dari Hospital Kanowit.

“Tiga mangsa lelaki yang tidak sedarkan diri kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kemalangan dan mayat ketiga-tiga mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Ketiga-tiga mayat lelaki terbabit telah dibawa ke rumah mayat Hospital Sibu menggunakan kenderaan pihak polis,” tambahnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN