Tiga lelaki ditahan seleweng diesel bersubsidi

Tiga lelaki ditahan seleweng diesel bersubsidi

CHRISTOPHER Patit (tengah) menunjukkan barang yang dirampas dalam serbuan di sebuah gudang penyimpanan diesel di Krubong, Melaka. - FOTO/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Taktik membeli diesel menggunakan lori yang diubah suai berjaya dikesan pihak polis selepas tiga individu ditahan kerana terlibat kegiatan penyelewengan bahan api bersubsidi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia 32 hingga 50 tahun membabitkan seorang rakyat tempatan dan dua warganegara Bangladesh.

Menurutnya, serbuan dilakukan pasukan Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kira-kira pukul 4 petang semalam di sebuah gudang tidak bernombor di Kawasan Perindustrian Krubong di sini.

“Sindiket dipercayai menjadikan gudang ini sebagai pusat operasi bagi memindahkan minyak dari lori tiga tan ke tangki penyimpanan sementara.

“Pemeriksaan di premis berkenaan menjumpai sebuah lori tangki jenis Volvo, sebuah lori tiga tan jenis Daihatsu, tiga buah tangki besi, dua unit skitank, empat set pam minyak, lima set hos, wang tunai RM26,000 dan diesel berjumlah 35,970 liter.

“Keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM302,535. Kesemua suspek ditahan dan akan dibawa ke mahkamah bagi proses permohonan reman manakala kes akan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya dalam sidang akhbar di lokasi tangkapan di sini, hari ini.

Tambah Christopher, modus operandi sindiket bermula dengan pembelian diesel dari stesen minyak di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan menggunakan lori tiga tan yang diubah suai.

Katanya, diesel itu kemudiannya akan dijual kepada peraih pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

“Sindiket ini dikesan mula beroperasi pada Jun. Pasukan risikan mengekori dan telah melihat pergerakan kumpulan ini bermula dengan pembelian diesel hingga dibawa ke stor penyimpanan.

“Peraih membeli minyak diesel ini lebih murah daripada harga pasaran iaitu RM2.15 seliter dan akan dipasarkan pada industri tempatan atau pasaran gelap pada harga RM3.50 hingga RM4 seliter,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya