Tiada kesan letupan, kebakaran pada bangkai helikopter 

Tiada kesan letupan, kebakaran pada bangkai helikopter terhempas

PEMANDANGAN dari udara kejadian helikopter Eurocopter EC120B terhempas di Hutan Simpan Chikus dekat Tapah, Perak. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Bangkai helikopter jenis Eurocopter EC120B yang ditemukan terhempas Hutan Simpan Chikus di sini hari ini diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, langkah itu bagi membolehkan pihak berkuasa tersebut menjalankan siasatan nahas.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga  mengawal lokasi kejadian bagi memastikan ia tidak diceroboh pihak tidak berkenaan.

“Kawasan nahas kita akan secure (kawal) agar tidak dimasuki individu tidak berkenaan supaya tidak mengganggu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Bidor, hari ini.

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI

Ditanya sama ada terdapat kesan letupan atau terbakar di lokasi kejadian, Mohd. Yusri berkata, kesan itu tidak ditemukan pada bangkai helikopter.

“Lokasi dijumpai tidak ada kesan letupan dan kebakaran,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, operasi mengesan helikopter berkenaan yang dihentikan malam semalam atas faktor cuaca buruk disambung semula pada pukul 8 pagi ini sebelum bangkai helikopter tersebut ditemukan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekitar pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu melibatkan kekuatan seramai 10 pegawai dan 197 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor dan Jabatan Perhutanan.

Mayat juruterbang helikopter berkenaan Tsz Kin Richard Chan, 58, yang merupakan warga negara Hong Kong ditemukan pasukan operasi SAR di bahagian kokpit helikopter sebelum dibawa keluar pada pukul 10.12 pagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya