Tekong darat maut ditembak ketika cuba serang anggota PGA

Tekong darat maut ditembak ketika cuba serang anggota PGA

tekong darat
MUHAMAD ZAKI HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang tekong darat maut ditembak selepas bertindak menyerang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 menggunakan sebilah parang di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, di Rantau Panjang awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1.04 pagi itu suspek yang berusia 30-an bertindak demikian selepas cuba ditahan anggota PGA yang melakukan penugasan mengawal sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa melakukan penugasan anggota bertugas melihat kelibat sekumpulan pendatang asing tanpa izin (Pati) dari Thailand telah masuk ke negara ini menggunakan laluan tidak diwartakan.

Menurutnya, dalam proses itu suspek telah berlari ke arah anggota bertugas sambil memegang parang dengan tujuan untuk menyerang.

“Sebagai tindakan mempertahankan diri, anggota bertugas telah bertindak melepaskan satu das tembakan ke sisi kiri suspek.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas suspek mendapati dia masih bernyawa dan terdapat kesan tembakan di bahu kiri. 

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai sebilah parang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, selepas itu suspek di bawa ke Hospital Pasir Mas, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, bagaimanapun suspek disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada pukul 2.12 pagi. 

“Pemeriksaan lanjut di lokasi, anggota Batalion 9 berjaya menahan lima lelaki dan dua perempuan PATI warganegara Myanmar. 

“Pada masa yang sama, PGA telah buat rampasan satu pucuk pistol Steyr bersama peluru dan sebilah parang. 

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas badan suspek mendapati dia tidak mempunyai parut suntikan BCG (Bacillus Calmette Guerin). Kita tidak menolak kemungkinan mangsa bukan warganegara Malaysia,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, suspek dipercayai bertindak sebagai tekong yang membawa masuk PATI melalui jalan tidak sah untuk tempat persembunyian sebelum diambil oleh pihak lain.

Katanya, kes disiasat di bawah  Seksyen 307 Kanun Keseksaan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 , Seksyen 55 E dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya