Tawaran rumah untuk penggiat seni, saya juga mangsa keadaan - Noraniza Idris

Tawaran rumah untuk penggiat seni, saya juga mangsa keadaan – Noraniza Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Noraniza Idris, menjelaskan dia tidak terbabit dengan isu tular berkaitan projek Skim Rumahku Syurgaku (RKSK) yang menawarkan rumah untuk penggiat seni anjuran sebuah syarikat pemaju.

Noraniza pada satu sidang media khas, malam tadi mendakwa, dia tidak pernah dilantik secara rasmi sebagai duta projek terbabit, malah tiada sebarang perjanjian rasmi antara pihaknya dengan syarikat pemaju tersebut.

“Seingat saya, perkenalan kami adalah sekitar Ramadan lalu pada sebuah majlis berbuka puasa. Saya diperkenalkan oleh rakan kongsi dengan individu daripada syarikat itu yang berminat mempelawa saya menjadi duta program kebajikan.

“Saya terbuka hati menerima pelawaan mereka secara lisan memandangkan sudah sekian lama aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Hasrat saya cuma mahu membantu rakan artis veteran yang susah, tiada kerja dan rumah,” katanya.

Noraniza berkata, selepas isu tersebut tular, dia berusaha mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak pemaju.

Dia bagaimanapun mendakwa, namanya ‘digugurkan’ daripada ‘perjanjian’ tersebut.

Enggan dirinya dipersalahkan, Noraniza berkata, dia turut mengingatkan selebriti yang berminat dengan projek berkenaan supaya mendapatkan maklumat terperinci untuk mengelakkan perkara berbangkit pada kemudian hari.

“Saya juga berpesan kepada mereka supaya tidak membayar melebihi RM10 dan sekiranya membayar lebih, itu adalah atas tanggungjawab mereka.

“Saya tidak mengetuai projek itu, sebaliknya hanya bertindak sebagai pemudah cara kepada rakan-rakan artis,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah syarikat hartanah memperkenalkan skim Rumahku Syurgaku yang menawarkan rumah berharga RM500,000 kepada penggiat seni atas tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Noraniza ditampilkan sebagai duta Pelancongan Seni dan Budaya serta Pemegang Amanah menerusi skim yang disebut khidmat sosial amal jariah membantu ummah itu.

Mengikut perjanjian, penggiat seni hanya perlu membayar RM10 untuk urusan penyerahan unit kediaman dengan harga terbabit.

Namun, syarikat hartanah tersebut juga didakwa membuka tawaran rumah berharga, RM1 juta dengan membayar RM10,000.

Isu itu bagaimanapun, menjadi hangat apabila aktivis, Mona Din mengadakan sidang media dan menggesa pihak berkuasa menyiasat tindakan sebuah syarikat menawarkan kediaman bernilai sehingga RM500,000 secara percuma kepada penggiat seni, sama ada ia tawaran tulen atau ada unsur penipuan.

Mona dilaporkan berkata, syarikat berkenaan turut melantik dua artis wanita veteran, masing-masing penyanyi dan pelakon bagi menyelaras tawaran 1,000 unit kediaman kepada artis veteran dan kru belakang tabir terpilih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya