Tahniah Harimau Malaya ke final Piala Raja Thai

Tahniah Harimau Malaya ke final Piala Raja Thai – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya selepas layak ke perlawanan akhir Piala Raja Thai 2022 yang berlangsung di Stadium Chiang Mai, Thailand, malam tadi. 

“Saya berharap aksi yang sama dapat dipamerkan apabila kita bertemu Tajikistan pada perlawanan akhir, 25 September ini. 

“Ayuh Keluarga Malaysia, sama-sama kita terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya untuk menjulang Piala Raja Thai!,” katanya dalam satu hantaran di facebook, hari ini.

Malam tadi, anak didik Kim Pan Gon mengesahkan kemaraan ke pentas final piala itu setelah menewaskan Thailand menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit masa perlawanan. 

Penjaga gawang skuad bola sepak kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed muncul wira apabila menafikan sepakan penalti yang diambil pemain Gajah Perang, Supachok Sarachart.

Untuk rekod, negara pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya