Masjid di perlis solat janazah ghaib untuk Syeikh Yusuf Al-Qaradawi

Semua masjid di Perlis dititah adakan solat janazah ghaib untuk Syeikh Yusuf Al-Qaradawi

qaradawi
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika mengadakan pertemuan dengan allahyarham Syeikh Yusuf Al-Qaradawi di Doha, Qatar pada 2012.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah menitahkan supaya semua masjid di negeri ini mengadakan solat jenazah ghaib untuk tokoh ulama terkenal Syeikh Yusuf Al-Qaradawi yang meninggal dunia di rumahnya di Doha semalam.

Solat jenazah ghaib itu akan dilaksanakan di semua masjid di Perlis selepas solat zohor esok, 28 September.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu kenyataan memberitahu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang DiPertua MAIPs menitahkan bahawa memandangkan solat jenazah ke atas Rahimahullah akan dilaksanakan pada waktu asar di Qatar pada hari ini, maka pelaksanaan solat jenazah ghaib ke atas Rahimahullah di masjid-masjid seluruh Perlis adalah diselaraskan sejurus selepas Solat Zuhur esok, 28 September 2022 (Rabu).

Sehubungan itu, adalah digalakkan kepada seluruh umat Islam di Perlis untuk menyertai solat berkenaan sepertimana yang telah diperkenankan berdasarkan sunnah daginda Rasulullah SAW.

Tuanku Syed Sirajuddins dijadualkan berangkat melaksanakan solat zuhur dan solat jenazah ghaib di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar seperti waktu yang telah ditetapkan.

MAIPs dalam kenyataan itu berkata, pemergian Syeikh Yusuf Al-Qaradawi merupakan satu kehilangan besar buat dunia Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya