Sebak ingat mayat rakan terkorban pencerobohan Tanduo

Sebak ingat mayat rakan terkorban pencerobohan Tanduo

JAMALUDIN V.A Abdullah bersama isterinya semasa penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Biarpun sakit hati melihat mayat musuh yang maut semasa peristiwa pencerobohan Tanduo, Lahad Datu namun mayat mereka tetap diurus dengan baik.

Demikian kata bekas pegawai forensik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Jamaludin V.A Abdullah, 54, semasa Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam.

“Bila nampak mayat musuh, memang sakit hati tapi sebagai seorang manusia, kita tetap menguruskan mayat mereka atas dasar kemanusiaan.

“Apabila melihat mayat kawan yang terkorban, kawan yang sering minum bersama-sama, kita terpaksa ketepikan rasa sedih. Kita kena teruskan tugas mengangkat dan menguruskan mayat mereka,” katanya.

Pesara yang menamatkan khidmat sebagai anggota PDRM pada 2014 itu berkata, peristiwa pencerobohan di Tanduo tidak menyebabkanbta trauma tetapi perasaan sedih kehilangan rakan seperjuangan masih terasa sehingga sekarang.

Itu sebabnya setiap kali orang menyebut tentang Tandou, beliau berasa sebak kerana teringat keadaan mayat yang terkorban semasa insiden tersebut.

Jamaludin berkata, sebagai insan yang sering berada di belakang tabir, beliau agak sedih kerana peranan pegawai forensik seperti mereka sering dipandang sepi.

“Orang tidak nampak peranan forensik, yang dipandang dan sering disanjung adalah orang yang bunuh dan tangkap penjenayah. Tapi, orang tidak nampak bagaimana forensik membantu mendapatkan bukti,” katanya.

Justeru, beliau berharap peranan forensik lebih dihargai kerana mereka juga masuk ke medan perang bagi mengangkat mayat-mayat yang terkorban.

Dalam majlis itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 200 orang pesara dan anggota Polis yang masih berkhidmat dalam PDRM Sabah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN