Pulau Pinang kibar bendera separuh tiang Isnin depan - Utusan Malaysia

Pulau Pinang kibar bendera separuh tiang Isnin depan

RATU Elizabeth mangkat di Scotland. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju supaya bendera negeri Pulau Pinang dikibarkan separuh tiang pada Isnin ini (19 September) sebagai menghormati kemangkatan dan hari pemakaman Ratu Elizabeth II.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Pulau Pinang, Datuk Mohd. Zakuan Zakaria berkata, penghormatan tersebut juga sebagai menghormati kemangkatan baginda selepas 70 tahun menaiki takhta dan merupakan pemerintah monarki yang paling lama di United Kingdom.

“Selaras dengan persetujuan tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri menyahut keputusan berkaitan dan mengarahkan semua jabatan serta agensi di negeri ini supaya mengibarkan bendera negeri Pulau Pinang separuh tiang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pahang turut mengumumkan mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Ratu Elizabeth II, monarki paling lama memerintah dalam sejarah British, mangkat pada usia 96 tahun pada 9 September lalu seperti diumumkan Istana Buckingham. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN