PRU15: PBM giat lakukan persiapan, tak tunggu BN - Utusan Malaysia

PRU15: PBM giat lakukan persiapan, tak tunggu BN

PARTI Bangsa Malaysia kini diterajui Datuk Zuraida Kamaruddin dan fokus kepada mengetengahkan calon pelbagai kaum dan wanita. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) tetap bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tanpa menunggu kata putus Barisan Nasional (BN) untuk menyertai gabungan itu.

Timbalan Presidennya, Haniza Mohamed Talha berkata, PBM giat melakukan persiapan menghadapi PRU15 terutama di kerusi-kerusi yang menjadi sasaran parti untuk bertanding.

Jelasnya, PBM akan mene­rima apa sahaja keputusan BN berkenaan permohonan menyer­tai gabungan itu.

“Kami difahamkan BN masih berbincang dengan parti-parti komponen. Jadi tunggu sahaja keputusan mereka, namun apa sahaja keputusan, kita terima.

“Sebab itu, kita sudah mula buat persiapan dan tak me­nunggu sehingga BN beri keputusan. Sama ada nak bergabung dengan pihak-pihak lain itu kita akan putuskan kemudian, yang pasti kita sudah buat persiapan parti sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu akhbar melaporkan, PBM menghantar permohonan rasmi menyertai BN bagi membentuk gabungan baharu dalam menghadapi PRU15.

Bagaimanapun, BN memaklumkan mereka sedang memperhalusi permohonan tersebut.

Haniza berkata, penerimaan masyarakat berada di peringkat yang sangat baik kepada PBM sebagai parti baharu.

“Saya rasa ramai yang tak tahu dan tak pernah berjumpa dengan kami, hanya membuat penilaian tanpa fakta yang betul tetapi bila dah berjumpa, mereka merasakan lebih selesa dengan parti berbilang kaum dan yang mengangkat wanita.

“Manifestasi itu ada dalam PBM, bila kita turun memang ada pelbagai kaum dan pemim­pin kita juga ada ramai orang muda serta wanita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN