PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah seharusnya tidak membuat pendirian bertentangan dengan kepimpinan Pusat terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr. Jeniri Amir berkata, ini berikutan timbul persoalan bagaimana mungkin sesebuah parti itu menjadi musuh di peringkat nasional, tetapi menjadi teman di peringkat negeri. Jelas beliau, tindakan yang bertentangan itu juga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penyokong…