Polis pertingkat rondaan pantau kes pecah rumah di Putrajaya

Polis pertingkat rondaan pantau kes pecah rumah, samun di Putrajaya

YAHYA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis akan meningkatkan  kekerapan rondaan di sekitar kawasan Putrajaya susulan beberapa kejadian pecah rumah dan samun di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahya Othman berkata, pihaknya juga meminta kerjasama penduduk untuk bersama-sama memberi maklumat dan bantuan.

Kata beliau, ketua polis daerah juga diarahkan membuat operasi khas dan meningkatkan kekerapan rondaan.

 “Kita kesan beberapa sasaran mudah bagi penjenayah terutama di pinggiran bandar dan kawasan ini akan ditingkatkan rondaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan beberapa kejadian pecah rumah dan samun berlaku di Putrajaya sehingga mendatangkan kegusaran penduduk di kawasan berkenaan.

Antara kejadian yang dilaporkan ialah kes pecah rumah dan samun di Presint 11 pada Rabu lalu dan terbaru pasa Isnin lalu kejadian sama di Presint 9.

Sementara itu, mengulas berhubung perkembangan semasa kejadian di Presint 9, Yahya berkata, pihaknya sudah menahan dua individu warganegara asing.

“Siasatan lanjut bagi mengenal pasti saki baki penjenayah itu sedang dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya