Polis masih teliti dakwaan Meta berhubung akaun palsu

Polis masih teliti dakwaan Meta berhubung akaun palsu

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi meneliti dakwaan Meta Platform Incorporated berkaiatan beberapa akaun palsu di media sosial yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan mengenai dakwaan berkenaan masih dilakukan PDRM ketika ini.

“Saya juga telah arahkan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk teliti dakwaan berkenaan. 

“Jika ada perkembangan, jabatan ini akan maklum,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelantikan Duta Anti-Scam di Maktab PDRM di sini hari ini.

Terdahulu, sebanyak 56 individu terdiri atlet, selebriti, pempengaruh telah menerima sijil lantikan sebagai duta Kempen Anti-Scam bagi merancakan hebahan informasi kepada masyarakat berkaitan jenayah komersial.

Sebelum itu syarikat konglomerat media, Meta, menyatakan bahawa ada kemungkinan campur tangan pihak polis di sebalik penutupan lebih daripada 600 akaun Facebook dan Instagram di Malaysia kerana menjadi platform troll farm.

Istilah ‘troll farm’ merujuk kepada laman sosial yang diwujudkan untuk menjejaskan dan memanipulasi wacana awam menerusi akaun-akaun palsu.

Laporan dari syarikat itu juga mendedahkan bahawa akaun-akaun terbabit dipercayaidipadam kerana melanggar polisi koordinasi perlakuan tidak sahih (Coordinated Inauthentic Behaviour – CIB), yang dipercayai berhubung kait dengan pasukan polis.

Sejumlah 596 akaun, 180 laman ‘Pages’ dan 11 ‘Group’ telah dipadam dari Facebook sementara 72 akaun ditutup dari Instagram kerana menjadi sebahagian daripada jaringan itu.

Laporan itu mendakwa jaringan berasal dari Malaysia dan menjadikan audiens domestik di negara ini sebagai sasaran.

Menurut laporan tersebut, kira-kira 427,000 akaun Facebook mengikuti satu atau lebih halaman terbabit dengan kira-kira 4,000 akaun mengikuti satu atau lebih kumpulan berkenaan serta hampir 15,000 akaun mengikuti satu atau lebih akaun Instagram yang dapat dikenal pasti.

Sejumlah AS$6,000 (hampir RM26,740) dibelanjakan bagi iklan di Facebook dan Instagram yang dibayar terutama dalam ringgit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN