PH dijangka beri tumpuan di Semenanjung bukan di Sarawak

PH dijangka beri tumpuan di Semenanjung bukan di Sarawak

AWANG AZMAN AWANG PAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) dijangka akan memberi lebih tumpuan untuk kemenangan (menang banyak kerusi) di Semenanjung berbanding di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15,” kata penganalis politik dari Universiti Malaya Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Menurut beliau, ini disebabkan peluang untuk PH menonjol di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) sangat tipis berdasarkan beberapa faktor dan sentimen politik di Sarawak pada masa sekarang.

Berdasar sentimen politik di Sarawak sekarang, beliau menjangka hanya DAP di kalangan parti komponen PH yang boleh memenangi beberapa kerusi di Sarawak pada PRU akan datang.

Namun, katanya DAP akan menghadapi saingan sengit daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti anggota GPS yang mencatat keputusan cemerlang pada PRN Sarawak tahun lalu.

Pada PRU 14 DAP berjaya memenangi enam kerusi, PKR empat dan Bebas kerusi.

Menurut Awang Azman lagi, GPS boleh menang lebih 70 peratus kerusi parlimen pada RRU 15.

Kerusi berkenaan bersifat kawasan putih/kerusi putih.

“Berdasarkan sentimen rakyat di Sarawak ketika ini saya menjangka paling minimum pun 24 kerusi yang akan dimenangi oleh GPS,” katanya memberitahu Utusan Malaysia.

Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan prestasi cemerlang GPS pada pilihan raya negeri (PRN) pada Disember tahun lepas, di samping kurangnya saingan daripada parti saingan utama seperti Pakatan Harapan (PH).

Selain itu, katanya berdasarkan prestasi semasa kerajaan GPS dengan begitu banyak projek pembangunan dirancang, sedang dilaksanakan dan sudah siap dilaksanakan, di samping program modal insan yang dibangunkan serta rekod GPS ketika membantu rakyat Sarawak berdepan tempoh sukar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19 sekitar dua tahun, akan memberi keyakinan kepada rakyat Sarawak untuk menyokong calon-calon GPS pada PRU akan datang.

Ujarnya, semuanya itu menunjukkan kerajaan yang dipimpin GPS telah berjaya membawa sumbangan dan impak yang sangat besar kepada rakyat di Sarawak.

Katanya, dalam banyak bantuan dan subsidi yang diberi sama di peringkat negeri mahupun persekutuan, di Sarawak adalah yang paling menonjol, seperti subsidi seperti elektrik bantuan peniagaan, bantuan kepada golongan B40 dan sebagainya.

Oleh sebab itu, katanya pembangkang di Sarawak mengalami ketandusan isu yang boleh digunakan untuk dijadikan modal kempen secara besar-besaran pada PRU akan datang.

“Sebab itulah saya menjangka GPS boleh memenangi minimum 24 kerusi berdasarkan sentimen sekarang, namun momentum yang sedia ada perlu terus digerakkan kerana sentimen itu boleh berubah apabila Parlimen dibubarkan nanti dan juga semasa kempen,” katanya.

Ditanya mengenai langkah GPS untuk mengemukan beberapa calon baharu pada PRU 15, Awang Azman berkata dalam konteks Sarawak terutama GPS ia bukanlah perkara yang baharu kerana setiap kali PRU pasti antara 20 dan 30 peratus calon GPS terdiri daripada muka-muka baharu.

Bagaimanapun, katanya muka baharu tidak semestinya muda dari segi umur kerana muka baharu bermakna individu yang pertama kali diketengahkan sebagai calon.

Selain itu, katanya parti-parti komponen GPS juga mempunyai tradisi dalam memastikan mereka mempunyai pelapis yang berkebolehan, memiliki mempunyai kelayakan akademik serta mendapat sokongan popular di kawasan di mana mereka akan dicalonkan untuk bertanding.

“Ini saya kira merupakan strategi parti dan mereka juga mula sedar bahawa setiap calon yang dikemukakan merupakan individu yang mendapat sokongan daripada pengundi di kawasan,” katanya.

Awang Azman juga percaya parti-parti komponen GPS sudah menyedari betapa kesilapan lampau menyebabkan mereka kehilangan beberapa kerusi ditandingi disebabkan krisis dalaman parti itu sendiri. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN