fbpx

Pertukaran kerusi dalam BN perkara biasa

WEE Ka Siong beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada majlis makan tengah hari bersama wakil NGO di Jelebu hari ini.

SEREMBAN: Pertukaran sebahagian atau mana-mana kerusi di antara parti komponen Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya menjelang adalah merupakan perkara biasa. 

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, apabila rundingan kerusi diadakan akan cenderung berlaku beberapa perubahan.

“Tiada isu dan apabila tiba masanya, kita akan tahu apa yang perlu dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini. 

Menurut Ka Siong menambah, sebarang perbincangan mengenai perkara itu akan dibincangkan secara dalaman antara parti komponen BN.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, berkemungkinan ada beberapa pertukaran kerusi di antara parti komponen BN bagi memastikan parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu memaklumkan, MCA telah mengenal pasti lebih dari seorang calon yang berpotensi untuk dipertaruhkan di sesuatu kerusi yang akan ditandinginya.

“Kami sudah ada (calon) tetapi ia masih tertakluk kepada perubahan. Bagaimanapun, MCA akan menyokong mana-mana calon yang diperakui oleh kepemimpinan BN,” katanya. – UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN