Peranti Siswa diagih bermula esok

Peranti Siswa diagih bermula esok

MAHASISWA IPTA dan IPTS menerima Peranti Siswa daripada Perdana Menteri jenama Samsung Galaxy Tab A8 LTE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Golongan mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta yang layak menerusi Program Peranti Siswa menerima peranti masing-masing mulai esok.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan, majlis agihan rasmi peranti itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor pukul 2.30 petang esok.

“Insya-Allah esok peranti siswa mula diedarkan kepada para mahasiswa IPTA dan IPTS. Tahniah kepada yang terpilih.

“Setiap penerima bakal mendapat Tablet Samsung model terkini, lengkap dengan casing, keyboard dan stylus pen,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Annuar sebelum ini mengumumkan, 400,000 mahasiswa dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) layak menerima peranti jenama Samsung Galaxy Tab A8 LTE menerusi fasa pertama program itu.

Jelasnya lagi, agihan fasa kedua dijangka pada Oktober atau November depan memandangkan permohonan bagi fasa itu sedang dibuka mulai 1 Ogos lalu hingga 30 September ini.

“Pembekalan peranti itu dilakukan lima syarikat terpilih melalui tender terbuka mengikut zon merangkumi Sabah dan Sarawak, utara, tengah dan selatan Semenanjung. 

“Penerima Peranti Siswa bagi Fasa 1 terdiri daripada mahasiswa dalam kalangan keluarga B40 dengan pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM4,850 ke bawah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya