Penganggur hina polis dalam TikTok ditahan - Utusan Malaysia

Penganggur hina polis dalam TikTok ditahan

LELAKI yang didakwa memuat naik video menghina PDRM ditahan di rumahnya di Permas Jaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan seorang penganggur menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam platform media sosial TikTok mengundang padah apabila dia ditahan di kediamannya di Permas Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima maklumat tentang video yang tular pada pukul 5 petang yang hari sama.

Beliau berkata, tajuk isi kandungan video suspek berusia 22 tahun itu secara langsung merupakan satu penghinaan terhadap PDRM secara keseluruhan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis berjaya mengesan pemilik video TikTok yang tular dan menahannya di rumah. Suspek dipercayai berbuat demikian dengan alasan mengejar populariti dan tumpuan daripada pengguna TikTok yang lain,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Polis merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memuat naik video tersebut dalam aplikasi TikTok.

Justeru, Raub menasihati semua pengguna media sosial agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik video dengan kandungan yang boleh menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguat kuasa termasuk PDRM.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1988,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya