PETALING JAYA: Kerajaan perlu melakukan penstrukturan semula sistem percukaian negara dengan memasukkan kategori penerima dividen dan ‘orang saham’ bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan hasil pendapatan negara. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, ketika ini ada dua kategori penting yang tidak dikenakan cukai oleh kerajaan. Katanya, kategori pertama ialah penerima dividen keuntungan syarikat bernilai jutaan ringgit dan kedua ialah ‘orang saham’ yang jana keuntungan di…










