Penduduk bantah bina rumah mayat berhampiran kediaman

Penduduk bantah bina rumah mayat berhampiran kediaman

PENDUDUK di Jalan Bakawali, Johor Jaya membantah pembinaan rumah mayat yang berdekatan dengan kawasan kediaman mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penduduk Jalan Bakawali di Johor Jaya di sini membantah projek pembinaan sebuah rumah pengurusan mayat berhampiran kediaman mereka.

Seorang penduduk, Mark Lee, 43, berkata, projek berkenaan mula dibangunkan sejak enam bulan lalu, namun hingga kini tiada sebarang papan tanda projek dipamerkan.

“Sebelum ini, kawasan ini adalah gudang menyimpan dan membaiki kenderaan berat, sebelum dikhabarkan bakal dibangunkan sebagai sebuah kawasan perumahan kos rendah, namun projek berkenaan terhenti.

“Tetapi kini telah berjalan bagi pembinaan sebuah rumah mayat masyarakat Tionghoa, namun berhampiran dengan kawasan perumahan. Jadi, bagaimana projek besar seperti ini boleh dilaksanakan sedangkan pemaju difahamkan masih belum dapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya yang bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Walaupun memahami dan menghormati keperluan adanya rumah mayat bagi masyarakat terbabit, namun dia tetap berharap projek itu dapat dilaksanakan di kawasan lebih sesuai.

Sementara itu, seorang penduduk, Syafiq Asyraf Ahmad, 29, turut melahirkan kerisauan dengan kewujudan rumah mayat berkenaan yang akan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung berjanji akan menghubungi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pejabat Daerah Johor Bahru bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang pembinaan rumah mayat berkenaan.

“Perkara ini penting kerana projek tersebut telah menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk, apatah lagi jarak kawasan rumah mayat dengan kediaman penduduk kira-kira tiga meter,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN