Pejuang tanding enam kerusi DUN di Perlis

Pejuang tanding enam kerusi DUN di Perlis

MOHD. IDRUS MD. DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bertanding sekurang-kurangnya dienam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri ini.

Setiausaha Pejuang negeri, Mohd. Idrus Md. Daud berkata, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat parti berkenaan di peringkat negeri dan pemilihan enam DUN tersebut dibuat berdasarkan analisis potensi serta kekuatan sokongan masyarakat terhadap bakal calon yang menggalas tanggungjawab itu nanti.

Ujarnya, Pejuang negeri mempunyai senarai dan pemilihan calon tersebut adalah bagi memastikan ia menepati kehendak pengundi.

“PRU15 adalah medan mengukur kekuatan Pejuang di negeri ini buat pertama kali dan kami menyenaraikan calon yang mempunyai pengalaman dan ada pengaruh dalam kalangan masyarakat setempat namun tidak pernah diberi peluang untuk mewakili rakyat.

“Gabungan analisis berdasarkan isu, kriteria calon dan kehendak rakyat setempat digunakan sepenuhnya bagi memastikan calon yang ada mempunyai kredibiliti dan mampu memberikan khidmat terbaik serta suara rakyat sekiranya terpilih kelak,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, terdapat beberapa isu berbangkit di negeri ini, antaranya isu hak pemilikan tanah serta taraf hidup masyarakat yang boleh diberi perhatian oleh parti itu.

mungkin faktor itu dapat digunakan dalam pilihan raya akan datang,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN