Pejalan kaki maut dirempuh MPV

Pejalan kaki maut dirempuh MPV

MAYAT seorang warga Myanmar yang maut akibat dilanggar MPV dekat KM 49 Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Pasir Penambang, Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang pejalan kaki warga Myanmar maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 49 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan Pasir Penambang di sini, malam tadi.

Kejadian pukul 11.45 malam itu mengakibatkan lelaki berusia 29 tahun berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ketika kejadian pemandu Perodua Aruz berusia 37 tahun memandu di jalan lurus dan berada di lorong kanan ketika dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Sabak Bernam. 

“Setibanya di lokasi, pejalan kaki yang berada di atas pembahagi jalan  bertindak melintas di kawasan tersebut 

“Pemandu Aruz kemudian cuba mengelak namun tidak sempat lalu melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Jelas Ramli, pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas jalan dan parah. 

“Lelaki warga asing itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan manakala pemandu MPV tidak cedera. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat,” ujarnya. 

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN