Pasukan koir UiTM kuasai pertandingan di Barcelona

Pasukan koir UiTM kuasai pertandingan di Barcelona

Anggota UiTM Chamber Choir bergambar bersama piala dan sijil kemenangan selepas mengungguli Pertandingan Koir Antarabangsa Pablo Casals Ke-11 di Lloret de Mar di Barcelona, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Pasukan koir Universiti Teknologi Mara (UiTM), UiTM Chamber Choir (UCC), sekali lagi mencipta sejarah apabila menyapu bersih kejua­raan yang dipertandingkan di Festival dan Pertandingan Koir Antarabangsa Pablo Casals Ke-11 di Lloret de Mar, Barcelona.

UCC berjaya mencatatkan markah tertinggi sekali gus memenangi tempat pertama dalam ketiga-tiga kategori yang disertai iaitu 100 markah dalam kategori ‘Folklore’, 99.3 markah dalam kategori ‘Mixed Voice’, dan 97.8 markah dalam kategori ‘Pablo Casals’.

Dr. Masashi Kishimoto menjulang piala kemenangan.

Pasukan yang dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Masashi Kishimoto itu turut mendapat muncul juara keseluruhan ‘Grand Prize’ di pertandingan tersebut melalui undian daripada juri.

Dengan kemenangan tersebut, pasukan koir yang ditubuhkan pada tahun 2015 itu mengulangi kejayaan pada tahun 2017 di Prague dengan menewaskan 16 pasukan koir yang lain untuk merangkul pia­la tersebut.

Anggota UiTM Chamber Choir bergambar bersama piala dan sijil kemenangan selepas mengungguli Pertandingan Koir Antarabangsa Pablo Casals Ke-11 di Lloret de Mar di Barcelona, Sabtu lalu.

Kemenangan yang membanggakan itu membuatkan ang­gota pasukan koir mena­ngis kegembiraan setelah lapan bulan menjalani latihan tanpa henti dan turut mengorbankan cuti semester mereka.

Pada 18 September lalu, UCC berlepas ke Barcelona dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyertai dua pertan­dingan di peringkat antarabangsa yang berlangsung di Sepanyol dan Itali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya