Op Samseng: Polis tahan 25 pelajar sekolah

Op Samseng: Polis tahan 25 pelajar sekolah

SEBAHAGIAN motosikal yang ditahan menerusi Op Samseng yang dijalankan di seluruh Kelantan baru-baru ini. - FOTO/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis menahan 25 pelajar sekolah sepanjang tempoh tiga bulan Op Samseng yang dijalankan di seluruh negeri ini bermula Jun lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, kesemua pelajar itu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut sebanyak 1,488 notis saman atas pelbagai kesalahan trafik telah dikeluarkan bukan sahaja kepada pelajar malah individu lain yang dikesan melanggar undang-undang menerusi Op Samseng itu.

“Hasil daripada operasi yang dijalankan sebanyak 1,462 buah kenderaan telah diperiksa termasuk sebanyak 1,101 buah motosikal dan 361 buah motokar.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 84 buah motosikal telah diambil tindakan sita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya memandang serius kegiatan merempit terutama dikalangan remaja kerana ianya boleh menjejaskan masa depan mereka.

Katanya, budaya ini diharap dapat dibendung dan dikekang secara serius berikutan kadar yang tinggi dari segi hukuman telah diberikan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.

“Dalam hal sabitan kali kedua atau seterusnya, penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun serta denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM20,000,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya