Najmuddin dilantik Ex Officio MAIPs 

Najmuddin dilantik Ex Officio MAIPs 

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) pada Majlis Sembah Mengadap Pengenalan dan Penyerahan Perutusan Pelantikan berkenaan di Galeri Diraja Arau, Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) yang baharu, Najmuddin Abdul Karim dilantik sebagai ahli Ex Officio Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkuat kuasa 1 September lalu.

Pelantikan itu adalah untuk tempoh sehingga 31 Disember 2023 atau pada tarikh terakhir beliau memegang jawatan sebagai Pengarah JAIPs.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, baginda berharap pelantikan Najmuddin akan memantapkan lagi fungsi dan peranan JAIPs untuk menyempurnakan perkhidmatan terbaik kepada negeri dan masyarakat.

“Selain itu, beliau diharap dapat memberi sumbangan idea, pengalaman dan kepakaran secara berterusan dalam memperkasakan lagi MAIPs,” titah baginda sewaktu Majlis Sembah Mengadap Pengenalan dan Penyerahan Perutusan Pelantikan berkenaan di Galeri Diraja Arau di sini semalam.

Dalam majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyaksikan simbolik Penyerahan Nota Serah Tugas antara Najmuddin dan Muhammad Hafeez Abu Seman yang memangku jawatan Pengarah JAIPs sebelum ini.

Pelantikan Najmuddin itu turut mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mengikut peruntukan Subseksyen 11(2), Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (Enakmen 4).

Najmuddin, 46, adalah lulusan Syariah dan Undang-Undang Pengkhususan Fiqh dan Usul dari Al-Bayt University Jordan. 

Jawatan terakhir beliau sebelum memulakan tugas di Perlis pada 1 September lalu adalah sebagai Ketua Penolong Mufti (Bahagian Fatwa) di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya