MINDEF naikkan Bantuan Sara Hidup veteran ATM

MINDEF naikkan Bantuan Sara Hidup veteran ATM

Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan para veteran Angkatan Tentera Malaysia dalam satu majlis di Putrajaya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah meluluskan cadangan untuk menaikkan Bantuan Sara Hidup untuk para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen dari RM300 kepada RM400 sebulan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MINDEF juga telah menyelesaikan kajian-kajian dalaman di peringkat Kementerian dalam usaha membolehkan pemberian Elaun Kenangan Kepada Penerima Pingat Jasa Malaysia dilaksanakan. 

Katanya, perkara itu sudah dibawa untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan yang sejajarnya. 

“Mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan keperluan menampung perbelanjaan seharian, MINDEF turut telah memajukan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk meluluskan kenaikan jumlah Bantuan Sara Hidup kepada Veteran ATM tidak berpencen di bawah Kategori B40 daripada RM300 sebulan kepada RM400 sebulan,” kata dalam satu kenyataan.

Menurut Hishammuddin, pihak kementerian sentiasa mengambil berat akan kebajikan para veteran ATM terutama yang tidak berpencen dan beliau akan kongsikan perkembangan terkini berkaitan usaha dan inisiatif yang saya dan kepimpinan MINDEF sedang usahakan bagi terus menambah baik kebajikan para Veteran ATM. 

mindef

“Saya hari ini mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada orang ramai khususnya kepada Veteran apa yang telah kita lakukan. Julai lalu saya telah umum dua penambahbaikan sekali gus memenuhi dua daripada lima kemahuan utama Veteran ATM. 

“Pertama, penambahbaikan pencen terbitan, dan kedua, panel penasihat bagi mempertimbangkan permohonan bekas tentera untuk diiktiraf sebagai Veteran ATM. 

“Alhamdulillah, dua penambahbaikan ini telah mula dilaksanakan. Namun saya akui, menerusi pertemuan dengan wakil-wakil Veteran ATM, yang turut menjadi kemahuan Veteran ATM ialah Elaun Kenangan Kepada Penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM),” jelas beliau. 

Sebab itu katanya, pelbagai pemegang taruh di MINDEF dan ATM telah beberapa kali duduk semeja, berkongsi pandangan, meneliti langkah serta perancangan. 

Terbaharu kata beliau, satu bengkel berkaitan elaun PJM telah diadakan awal Ogos lalu, di mana beberapa Persatuan Veteran turut dilibatkan. 

Mereka yang terlibat termasuklah Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Veteran TLDM, Persatuan Veteran TUDM, Persatuan Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen. 

“Terima kasih kepada wakil-wakil Veteran yang telah berkongsi input, membawa hasrat rakan-rakan Veteran yang lain serta meneliti setiap perincian bagi diangkat kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk persetujuan. 

“Ini bermakna bahawa antara kemahuan Veteran ATM, dua telah selesai dipenuhi, dua lagi telah selesai kajian di peringkat MINDEF. Ia tidak akan terhenti di sini. 

“MINDEF sentiasa berusaha bertungkus lumus demi membela kebajikan Veteran ATM dengan sebaik mungkin. Perkembangan dan hasil usaha ini akan saya umumkan dari semasa ke semasa. 

“Walaubagaimanapun, sekali lagi saya hendak ingatkan semua bahawa kemahuan Veteran ATM tidak hanya melibatkan perancangan di peringkat MINDEF sahaja, tetapi turut melibatkan perihal kewangan dan pentadbiran awam yang memerlukan pertimbangan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam. 

“Maka saya akan terus berhubung dengan Menteri Kewangan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa bagi memastikan harapan kita ini dapat insyaAllah dipenuhi. 

“Juga penting untuk saya ingatkan, bagi Veteran ATM yang masih belum mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), segeralah mendaftar agar setiap inisiatif dan bantuan yang dilaksanakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. 

“Marilah kita sama-sama doakan, semoga setiap usaha MINDEF berkaitan kebajikan Veteran ATM serta ahli keluarga mereka dipermudahkan. InsyaAllah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya