Lima remaja tak bersekolah ditahan pecah masuk sekolah

Lima remaja tak bersekolah ditahan pecah masuk sekolah

RAHMAT ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Lima remaja ditahan kerana disyaki terlibat dalam beberapa kejadian pecah masuk sekolah di sekitar kawasan Gelang Patah di sini, pada 19 dan 26 September lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 15 hingga 17 tahun dan tidak bersekolah.

“Semalam, anggota Task Force Balai Polis Gelang Patah dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Iskandar Puteri telah menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam melakukan beberapa kes pecah sekolah di sekitar kawasan Gelang Patah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rahmat berkata, antara sekolah yang terlibat dalam kejadian pecah sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Nusa Perintis 1 dan SK Taman Nusantara.

“Modus operandi mereka adalah dengan mengumpil pintu dan memotong kunci jeriji dan seterusnya menyelongkar ruangan pejabat dan bilik guru sekolah. 

“Berdasarkan semakan menerusi rakaman CCTV yang diperoleh mendapati lima lelaki terlibat melakukan perbuatan pecah sekolah tersebut.

“Antara kerugian ialah kehilangan Tab Huawei 10 inci dan wang tabung sekolah melibatkan kerugian lebih kurang RM2,000,” ujarnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek kini direman tujuh hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN