Lima dicekup rogol pelajar 14 tahun - Utusan Malaysia

Lima dicekup rogol pelajar 14 tahun

poster rogol
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lima lelaki termasuk pelajar sekolah dicekup polis selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, bulan lalu.

Kesemua suspek berusia 16 hingga 21 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar daerah ini, kira-kira pukul 1 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa pada pukul 8.52 malam kelmarin.

Kata beliau, siasatan mendapati remaja yang juga pelajar sekolah itu dibawa seorang rakan perempuannya ke sebuah rumah di daerah ini, kira-kira pukul 8 malam, 12 Ogos lalu.

“Mangsa kemudian didakwa dirogol abang rakannya itu bersama empat lagi lelaki yang baru dikenali. Keluarga mangsa yang menyedari perkara itu kemudian tampil membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” katanya pada Majlis Pelupusan Barang Kes di Balai Polis Kapar di sini hari ini.

Tambah Vijaya Rao, hasil maklumat berjaya membawa kepada penahanan lima suspek bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian air kencing ke atas mereka didapati negatif dadah. Mereka kini direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan iaitu rogol berkumpulan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya masih mengesan sekumpulan individu yang tular menghalang lalu lintas bagi mengiringi perarakan van mayat di Pekan Meru di sini, baru-baru ini.

“Sehingga kini, hanya seorang dikesan bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tiada tangkapan dilakukan dan kita hanya mengeluarkan saman ke atas individu itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya